Visit
Official Website

Culmi Air-Cond & Refrigeration Parts Supply Sdn Bhd
24, Jalan Industri USJ 1/5,
Taman Perindustrian USJ 1,
47600 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia.
 +603-8024 7376

 +603-8081 3378
 +603-8024 7387

Community contributions for Taman Perindustrian Subang Jaya USJ 1 to address the PAID PARKING issue

20 Mar 2025
Community contributions for Taman Perindustrian Subang Jaya USJ 1 to address the PAID PARKING issue
View Full Size

Community contributions for Taman Perindustrian Subang Jaya USJ 1 to address the issue of PAID PARKING, which will ultimately be implemented in phases
 

I had done plenty of work through word writing, negotiations, counseling, confrontations, arrangements, arguments, decision-making, letter writing & etc., with the USJ 1 community and finally achieved an official letter passing to Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze (ADUN N.31 Subang Jaya) and Tuan Ar. Kamarul Hisham B Hj Yeop Hashim (Ahli Majlis Zon 4 MBSH)on 19-3-2025 with the subject of “Permohonan Untuk Berdialog Berkenaan Zon Letak Kereta Berbayar (MBSJ) Di USJ 1 Taman Perindustrian Subang Jaya Dengan Cadangan Untuk Dimansuhkan”. ''Application for a Dialogue on the Paid Parking Zone (MBSJ) in USJ 1 Taman Perindustrian Subang Jaya with a Proposal for Its Abolition''.

My official letter writing in BAHASA MALAYSIA as per below for sharing in public:

Komuniti USJ 1 Taman Perindustrian Subang Jaya

Persatuan Komuniti USJ 1 Taman Perindustrian Subang Jaya

(Pendaftaran Belum Lagi Diuruskan)

Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

(ADUN N.31 Subang Jaya)

Pusat Khidmat Masyarakat DUN

Subang Jaya, 9, Jalan USJ 3C/3, 47600, Subang Jaya,

Selangor Darul Ehsan

Tuan Ar. Kamarul Hisham B Hj Yeop Hashim

(Ahli Majlis Zon 4 MBSH)

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Persiaran Perpaduan, USJ 5

Selangor Darul Ehsan 18 Mac 2025

Puan/Tuan,

Permohonan Untuk Berdialog Berkenaan Zon Letak Kereta Berbayar (MBSJ) Di USJ 1 Taman Perindustrian Subang Jaya Dengan Cadangan Untuk Dimansuhkan

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, dan Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu, saya ingin mewakili seluruh Komuniti USJ 1 Taman Perindustrian Subang Jaya untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Selangor, MBSJ, serta kawasan Pilihan Raya YB dan Tuan Ar. Kamarul Hisham B Hj Yeop Hashim atas kejayaan melaksanakan penurapan jalan di kawasan ini dengan kerjasama penuh daripada seluruh komuniti USJ 1.

Perkembangan terbaru mengenai pelaksanaan Zon Letak Kereta Berbayar (MBSJ) di USJ 1 Taman Perindustrian Subang Jaya telah menjadi topik perbincangan yang hangat di kalangan seluruh komuniti USJ 1, dengan kebimbangan mengenai bebanan yang akan dihadapi di masa akan datang.

Saya mewakili seluruh Komuniti USJ 1 Taman Perindustrian Subang Jaya ingin memohon kepada YB dan Tuan Ar. Kamarul Hisham yang dihormati untuk mengadakan satu dialog antara YB, Tuan Ar. Kamarul Hisham B Hj Yeop Hashim (Ahli Majlis Zon 4 MBSJ), pegawai-pegawai yang terlibat, dan wakil seratus orang dari Komuniti USJ 1 yang terdiri daripada pemilik perusahaan, pekerja syarikat, dan lain-lain yang ingin menyuarakan perasaan serta pandangan mereka berkaitan pelaksanaan Zon Letak Kereta Berbayar (MBSJ) di USJ 1 Taman Perindustrian Subang Jaya.

1) USJ 1 Taman Perindustrian Subang Jaya merupakan kawasan industri yang seharusnya tidak mengenakan kutipan pembayaran untuk letak kenderaan.

2) Kawasan ini menempatkan lebih daripada empat ratus syarikat yang beroperasi, termasuk Ah Cheng Laksa, yang telah memberikan sumbangan kepada KDNK negara dengan catatan yang signifikan setiap tahun. Dari segi ini sepatutnya Kerajaan Selangor boleh memberi keistimewaan keatas ketidaknya kutipan pembayaran letak kenderaan dan juga pertimbangan pandangan keatas cukai-cukai yang perlu ditanggung, seperti a) Bil Cukai Taksiran (Cukai Pintu), b) Cukai Tanah dan C) Lesen Perniaggaan yang telah membebankan syarikat-syarikat berada di Taman Perindustrian USJ 1 Subang Jaya.

3) Bebanan bayaran RM80.00 setiap bulan oleh pekerja di kawasan ini untuk kenderaan mereka adalah satu perbelanjaan yang tidak sepatutnya dan akan memaksa mereka mempertimbangkan untuk mencari pekerjaan di tempat lain yang menawarkan keadaan yang lebih selesa. Hal ini akan mengakibatkan syarikat-syarikat di sini menghadapi kesukaran dalam mencari pengganti atau menambah bilangan pekerja.

4) Sekiranya syarikat-syarikat majikan di sini terpaksa membuat keputusan untuk mengekalkan pekerja mereka, akhirnya mereka akan menanggung beban yang tak sepatutnya setiap bulan dengan kiraan tertera di bawah:

A) RM80.00 X 5 pekerja = RM400.00 setiap bulan (RM4,800.00 setiap tahun)

B) RM80.00 X 10 pekerja = RM800.00 setiap bulan (RM9,600.00 setiap tahun)

C) RM80.00 X 20 pekerja = RM1,600.00 setiap bulan (RM19,200.00 setiap tahun)

Kami berharap permohonan untuk berdialog berkenaan Zon Letak Kereta Berbayar (MBSJ) di USJ 1 Taman Perindustrian Subang Jaya dengan cadangan untuk dimansuhkan ini dapat memperoleh persetujuan daripada Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze dan Tuan Ar. Kamarul Hisham B Hj Yeop Hashim, agar perbincangan bersama komuniti USJ 1 Taman Perindustrian Subang Jaya dapat dilaksanakan dalam tempoh yang sesingkat mungkin. Kita berjanji dialog ini akan diadakan dalam suasana yang aman damai.

A) Tarikh :

B) Lokasi :

C) Masa :

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Dr.) Beh Hock Heng (P.J.K.)

012-3111 367

 

Recent Updates
Subscribe Newsletter